Pages

Thursday, August 5, 2010

Hasil Seni Kadazan Dusun

Penghasilan seni tangan masyarakat Sabah bergantung pada sumber alam sekitar dan keperluan dari segi budaya. Sebagai contohnya, sirung. Sirung merupakan sejenis topi yang diperbuat dari rotan dan buluh. Topi ini diperlukan untuk melindungi diri dari panas dan hujan. Bentuk topi seseorang dapat menunjukkan asalan daerah seseorang itu. Seni anyaman seperti Mogah dan Dastar amat popular di kalangan kaum wanita.

Pada pandangan mereka, seseorang wanita itu akan dianggap tidak berjaya sekiranya anyaman mereka tidak menarik.Inavol adalah sejenis produk sulaman tangan yang dihasilakandi daerah Kudat. Bahan- bahannya terdiri daripada benang kapas yang berwarna- warni. Inoval disulam dengan motif- motif etnik tempatan seperti binatang, buga dan corak manusia. Inoval akan dipakai atau diberi sebagai tanda penghargaan seseorang bagi meraikan seseorang dan dipakai di leher.

Renago pula adalah sejenis bekas yang diperbuat oleh gulungan tumbuhan lias dengan lingkong, sejenis rumput. Wakid, sejenis bakul yang diperbuat dari rotan, buluh, dan kulit pokok. Wakid amat berguna untuk kaum Kadzandusun bagi menjalankan aktiviti harian mereka. Contohnya, mereka boleh menyimpan buah- buahan dan hasil kutipan mereka.

NG PEI SAN
NOMBOR MATRIK: 204661

8 comments:

  1. menariknya barang-barang kraftangan kaum kadazan dusun. sebagai rakyat malaysia, kita harus kekalkan keaslian barang-barang ini supaya unsur moden tidak diserapkan dalam kebudayaan masyarakat ini.

    ReplyDelete
  2. Waktu di universiti, kami ada pertandingan pameran kebudayaan negeri masing2. Sabah menang sebagai juara bila pamerkan kraf tangan sabah dan makanan tradisi Sabah. Ada juga beberapa pelajar jadi model baju tradisi. 😊

    ReplyDelete