Pages

Thursday, August 5, 2010

Sejarah Awal Kaum Kadazandusun



Sejarah awal kewujudan kaum Kadazandusun dikatakan wujud melalui cerita lisan iaitu melalui kisah Nunuk Ragang.Tempat ini terletak di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitu Sungai Kogibangan (arah kiri) dan Sungai Kawananan(arah kanan) dan bercantum menjadi sungai yang lebih besar iaitu Sungai liwogu(dalam dan tenang).Terdapat banyak lembaga yang memenuhi bawah pohon,tebing sungai dan sepanjang juntaian akar nunuk.

Pantulan warna kemerahan semakin menyerlah apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh lembaga itu sehingga Nunuk itu kelihatan seperti merah lalu dipanggil Nunuk Ragang(Merah).

Tanggapan bahawa Nunuk itu merah atau Nunuk Ragang menggambarkan betapa ramainya lembaga merah sedang berpesta ria di kawasan Nunuk itu.Sebenarnya manusia yang ramai yang dikatakan sebagai 'warna merah' apabila dilihat dari jarak jauh itu kurang tepat kerana bukan pokok Nunuk itu yang berwarna merah sebaliknya warna merah itu datang daripada pantulan cahaya matahari.Sejak itu,Nunuk Ragang menjadi identiti masyarakat Kadazandusun kerana mengikut pandangan masyarakat Kadazandusun, mereka kononnya berasal dari kawasan ini.

Mengikut teori sains sosial pula,dibahagikan kepada empat teori iaitu :

Teori Pertama : Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan Mongloid (Ivor H.N Evans:1923
dan T.R Williams:1965)
Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan Indo-Malayan (T.R Williams:1965)
Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum Cina ( Ivor H.N
Evans:1923 dan Owen Rutter:1920)
Teori Keempat:Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.

CHERRY BIN GULIMIT
NOMBOR MATRIK: 204641

Adat dan Kepercayaan


Pada awalnya,Kaum kadazandusun di Sabah mengamalkan kepercayaan animisme. kepercayaan ini diwarisi berasaskan fahaman dan adat "pagan" kaum. Bagi masyarakat kadazandusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" yang bersemayam di dunia lain.

Mengikut kepercayaan kaum kadazandusun, Kinorohingan merupakan tuhan di mana mereka meminta sesuatu seperti keselamatan dan perlindungan dari sebarang penyakit. Kinorohingan juga dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti "Roogon" atau syaitan. Masyarakat kadazandusun mempercayai bahawa roh orang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi ke syurga atau neraka.

Setiap tahun selepas menuai padi, masyarakat kadazandusun mengadakan upacara "Magavau" iaitu upacara kesyukuran bagi menghormati semangat padi. Upacara ini dijalankan oleh "Bobohizan" atau ketua bomoh dengan membaca mentera.Namun demikian,pada hari ini semakin ramai masyarakat kadazandusun yang telah memeluk agama Kristian dan agama Islam.

DENDY LUBED BIN BARUH@SAMSON
NOMBOR MATRIK : 204920

Sistem Ekonomi Masyarakat Kadazandusun


Orang Kadazan Dusun yang tertumpu di pantai barat seperti Kudat, Tempasuk, Tuaran, Penampang, Papar, dan lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau hidup sebagai petani tradisi. Mereka mengamalkan pertanian swidden dengan menanam padi sawah dan huma, ubi kayu dan tembakau. Sambil menternak haiwan, menangkap ikan sungai, memburu, dan memungut tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan liar.

Peralatan yang digunakan untuk:
• pertanian: ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan, kisaran, tosung, rilibu
• perikanan:tundalo, siud, bangkala, tambong,bubu sawak
• perternakan: lukung, gading
• memburu: sopuk, tuwil, gaba, sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip, tabpai, sodik, tungkakub, pimpig, tawos .

Walaubagaimanapun,kini semakin ramai masyarakat kadazandusun yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan,perkhidmatan kerajaan dan sebagainya.

ONG HUI QIN
NOMBOR MATRIK: 204681

Makanan dan Minuman Tradisi




Makanan tradisi suku kaum Kadazandusun terdiri daripada pelbagai jenis kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya telah banyak membekalkan sumber pencarian makanan.
Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Pinaasakan,Bosou dan minuman tradisi kaum kadazadusun termasuklah arak beras,lihing tapai ubi.
Makanan dan minuman tradisi ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun.

Contohnya hinava merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, halia cili merah, bawang merah , dan garam.

Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.Noonsom Tuhau - Isi Tuhau (sejenis tumbuhan) dihiris halus dan dijeruk dengan cuka,garam dan cili merah.Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

CHO KIM HAN
NOMBOR MATRIK :207112

Hasil Seni Kadazan Dusun

Penghasilan seni tangan masyarakat Sabah bergantung pada sumber alam sekitar dan keperluan dari segi budaya. Sebagai contohnya, sirung. Sirung merupakan sejenis topi yang diperbuat dari rotan dan buluh. Topi ini diperlukan untuk melindungi diri dari panas dan hujan. Bentuk topi seseorang dapat menunjukkan asalan daerah seseorang itu. Seni anyaman seperti Mogah dan Dastar amat popular di kalangan kaum wanita.

Pada pandangan mereka, seseorang wanita itu akan dianggap tidak berjaya sekiranya anyaman mereka tidak menarik.Inavol adalah sejenis produk sulaman tangan yang dihasilakandi daerah Kudat. Bahan- bahannya terdiri daripada benang kapas yang berwarna- warni. Inoval disulam dengan motif- motif etnik tempatan seperti binatang, buga dan corak manusia. Inoval akan dipakai atau diberi sebagai tanda penghargaan seseorang bagi meraikan seseorang dan dipakai di leher.

Renago pula adalah sejenis bekas yang diperbuat oleh gulungan tumbuhan lias dengan lingkong, sejenis rumput. Wakid, sejenis bakul yang diperbuat dari rotan, buluh, dan kulit pokok. Wakid amat berguna untuk kaum Kadzandusun bagi menjalankan aktiviti harian mereka. Contohnya, mereka boleh menyimpan buah- buahan dan hasil kutipan mereka.

NG PEI SAN
NOMBOR MATRIK: 204661

Alat - Alat Muzik dan Instrumen


Permainan muzik tradisional amat penting dalam masyarakat sesuatu kaum.Matlamat utama penciptaan muzik adalah untuk melambangkan identiti sesuatu kaum yang tersendiri dan sebagai alat bagi mengukuhkan perpaduan.
Kebanyakan alatan muzik di Sabah diperbuat daripada bahan-bahan asli yang diambil daripada sumber semulajadi.Sebagai contoh,tongkungan,turali,seruling,sompotan dan totunggak diperbuat daripada buluh.Alat-alat lain seperti gambus,kompang ,dan gendang diperbuat daripada kulit kambing.Gong dan kulintangan pula diperbuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang diperbuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma.
Alat-alat muzik ini dapat dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu Kordofon,Erofon, dan Idofon.Tongkungan, gambus, sundatan atau gagayan dikelaskan dalam Kordofon.Manakala seruling,turali atau tuahi, bungkau dan sompotan pula dikelaskan dalam Erofon serta tetunggak , gong, kulintangan membranofon iaitu kompang , gendang atau tontog dikelaskan dalam Idofon.

Antara alatan muzik yang sering digunakan oleh masyarakat Kadazandusun ialah gong, bungkau, dan sompotan.Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena muzik dan digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial masyarakat Kadazandusun.


AZHAR BIN OTHMAN
NOMBOR MATRIX:204897

Perayaan Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai )


Pesta Kaamatan atau dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' disambut oleh kaum Kadazan Dusun sebagai meraikan tuaian yang terbaik. Pesta ini biasanya disambut sepanjang bulan Mei. Kemuncak Perayaan Keaamatan adalah peraduan ratu cantik, tarian tradisi dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan. Magavau adalah upacara kesyukuran yang penting dan dijalankan di sawah padi pada hari pertama malam bulan mengambang selepas menuai padi. Bobohizan akan membaca mantera dan seorang pahlawan dengan pakaian tradisi berjalan menghayun pedang untuk menghalau roh jahat. Makanan seperti tapai dan nasi akan disajikan sebagai jamuan kepada roh. Menurut kepercayaan orang kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada kinoingan yang disembah sebagai pencipta dan amat berkuasa kepada sumber kehidupan dan kewujudan.

Mereka berpendapat bahawa padi adalah sumber kehidupan.
Ketika Pesta Keaamatan, penduduk akan mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai 'arak beras' dihidangkan sebagai minuman istimewa dan para penduduk akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' yang bermaksud 'Selamat Hari Menuai,Tetapi,pada hari ini Pesta Kaamatan disambut adalah sebagai memperingati perayaan pesta yabg telah dirayakan sejak turun-temurun.


CHE WAN SITI AISYAH BT CHE WAN SUKRI
NOMBOR MATRIK : 204879

Unduk Ngadau ( Ratu Cantik )


Dalam setiap perayaan pesta kaamatan yang diraihkan di semua peringkat di negeri Sabah, terdapat satu pertandingan yang dinamakan "Unduk Ngadau'' ataupun pertandingan ratu cantik yang diterjemahkan sebagai ''puncak matahari''.

Konsep Unduk Ngadau atau pertandingan ratu cantik ini dikaitkan dengan cerita pengorbanan Huminodun. Cerita rakyat kuno mengatakan bahawa, Kinoingan atau Minamangun iaitu dewa dan tuhan yang berkuasa dalam masyarakat kadazandusun telah mengorbankan satu-satunya anak gadis mereka untuk menyelesaikan masalah kebuluran dan kekurangan makanan yang dihadapi oleh m asyarakat kadazandusun pada masa itu. Satu-satunya anak gadis Kinoingan atau Minamangun itu adalah Huminodun. Mayat Huminodun yang telah dikorbankan itu dikatakan telah mengeluarkan bijih benih tumbuh-tumbuhan yang ada pada hari ini.

Sebahagian daripada mayat Huminodun itu mengeluarkan padi. Gadis yang telah diberi penghormatan dan dipilih sebagai unduk ngadau dalam pertandingan ini diibaratkan sebagai Huminodun dan mewakili sifat-sifat suci pengorbanan Huminodun yang dipuja.

MOHD FIRDAUS BIN AMIRHAN
NOMBOR MATRIK : 204836

Tarian Kadazandusun






Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosiobudaya kawasan tertentu. Kemuncak bagi memartabatkan warisan budaya suku kaum Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Keamatan yang diraikan pada setiap 30 dan 31 mei setiap tahun. Dalam perayaan ini, berbagai acara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara acara yang biasanya menjadi tarikan dalam perayaan suku kaum kadazandusun ialah tarian kadazandusun.

Tarian kadazandusun mempunyai 32 jenis lagu tetapi berlainan dari segi etnik iaitu tarian sumayau, tarian limba, tarian sumazau dan banyak lagi. Salah satu tarian yang dipersembahkan oleh kaum kadazan dusun ialah tarian sumazau. Tarian ini dijalankan sempena musim menuai di Sabah.

Menurut lagenda, tarian ini dipersembahkan untuk memberi
pemujaan semangat padi (bambaazon). Tarian sumazau ini juga di persembahkan bersama dengan pertandingan Unduk Ngadau (Ratu cantik). Tarian ini kebanyakan ditarikan oleh masyarakat pantai barat iaitu Tambunan, Ranau, Papar dan Kudat.
Tarian ini ditarikan oleh perempuan dan lelaki, keunikan bagi tarian ini ditunjukkan melalui tumit bertemu tumit, ibu jari bertemu ibu jari bagi penari wanita.Pakaian wanita dipanggil seraung yang diletakkan di atas kepala dan bulu berwarna warni yg diletak di atas seraung dikenali sebagai senaundung. Bagi lelaki pula, mereka memakai sida di kepala dan disertakan dengan selendang / skaf yang dikenali sebagai sandai

NAMA:ANDI MASDALIANA BINTI ANSAR
NO MATRIK:204888


Sumber Rujukan

  1. Cultures, custom and tradision of Sabah Malaysia an Introduction 1992, ms 44
  2. (www.sabahtourism.com/sabah-malaysia-borneo/en/culture/15-pesta-kaamatan)
  3. (www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/pengenalan.htm)
  4. (HJ.MOHAMAD KHADAFI HJ. ROFIE, Hubungan Etnik Di Malaysia: Realiti dan Cabaran, 2010, ms 93,94,95)
  5. www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/makanan.htm
  6. www.fascinatingmalaysia.com/unik/sabahbas.html
  7. http://ms.shvoong.com/entertainment/movies/1793885-alat-muzik-tradisional-masyarakat-sabah
  8. (ht t p:/ / www.idesa.net .my/ modules/ news/ ar t icle.php?st or yid=896)