Pages

Thursday, August 5, 2010

Makanan dan Minuman Tradisi




Makanan tradisi suku kaum Kadazandusun terdiri daripada pelbagai jenis kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya telah banyak membekalkan sumber pencarian makanan.
Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Pinaasakan,Bosou dan minuman tradisi kaum kadazadusun termasuklah arak beras,lihing tapai ubi.
Makanan dan minuman tradisi ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun.

Contohnya hinava merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, halia cili merah, bawang merah , dan garam.

Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.Noonsom Tuhau - Isi Tuhau (sejenis tumbuhan) dihiris halus dan dijeruk dengan cuka,garam dan cili merah.Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

CHO KIM HAN
NOMBOR MATRIK :207112

2 comments:

  1. Apa yang saya dapati makanan masyarakat kadazandusun sangat unik dan menarik serta berbeza dengan di negeri saya.

    ReplyDelete
  2. boleh hulurkan bantuan,saya nak tauh juga asal usul makan tradisional ne. sebagai contoh hinava.. mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa makan ini di hidangkan. saya tertarik dengan bahan-bahan yang digunakan seperti ikan mentah dan peria. mungkin ada sebab tertentu yang menjadi simbolek. seperti cili merah dan kenapa tidak mengunakan cili lain.

    ReplyDelete