Pages

Thursday, August 5, 2010

Alat - Alat Muzik dan Instrumen


Permainan muzik tradisional amat penting dalam masyarakat sesuatu kaum.Matlamat utama penciptaan muzik adalah untuk melambangkan identiti sesuatu kaum yang tersendiri dan sebagai alat bagi mengukuhkan perpaduan.
Kebanyakan alatan muzik di Sabah diperbuat daripada bahan-bahan asli yang diambil daripada sumber semulajadi.Sebagai contoh,tongkungan,turali,seruling,sompotan dan totunggak diperbuat daripada buluh.Alat-alat lain seperti gambus,kompang ,dan gendang diperbuat daripada kulit kambing.Gong dan kulintangan pula diperbuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang diperbuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma.
Alat-alat muzik ini dapat dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu Kordofon,Erofon, dan Idofon.Tongkungan, gambus, sundatan atau gagayan dikelaskan dalam Kordofon.Manakala seruling,turali atau tuahi, bungkau dan sompotan pula dikelaskan dalam Erofon serta tetunggak , gong, kulintangan membranofon iaitu kompang , gendang atau tontog dikelaskan dalam Idofon.

Antara alatan muzik yang sering digunakan oleh masyarakat Kadazandusun ialah gong, bungkau, dan sompotan.Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena muzik dan digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial masyarakat Kadazandusun.


AZHAR BIN OTHMAN
NOMBOR MATRIX:204897

2 comments:

  1. Sangat unik alat-alat di atas, saya tidak pernah tengok lagi.

    ReplyDelete
  2. tahniah dan syabas kepada para mahasiswa dan mahasiswi kerana berjaya membawa satu tema kebudayaan yang terbaik kepada masyarakat atau generasi muda pada masa kini. sebagai generasi muda yang sering tidak ingin mengambil tahu akan sejarah budaya masyarakat tempatan pada masa ini seperti budaya dan cara kehidupan seperti artikel ini yang mengetengahkan cara-cara adat resam masyrakat kadazandusun amnya. satu artikel yang mampu menangkat nilai iltizam tentang masyrakt pribumi khusus sabah dan sarawak agar dapat berkongsi satu nilai atau budaya masyarakat tempatan. tahniah,

    ReplyDelete