Pages

Thursday, August 5, 2010

Unduk Ngadau ( Ratu Cantik )


Dalam setiap perayaan pesta kaamatan yang diraihkan di semua peringkat di negeri Sabah, terdapat satu pertandingan yang dinamakan "Unduk Ngadau'' ataupun pertandingan ratu cantik yang diterjemahkan sebagai ''puncak matahari''.

Konsep Unduk Ngadau atau pertandingan ratu cantik ini dikaitkan dengan cerita pengorbanan Huminodun. Cerita rakyat kuno mengatakan bahawa, Kinoingan atau Minamangun iaitu dewa dan tuhan yang berkuasa dalam masyarakat kadazandusun telah mengorbankan satu-satunya anak gadis mereka untuk menyelesaikan masalah kebuluran dan kekurangan makanan yang dihadapi oleh m asyarakat kadazandusun pada masa itu. Satu-satunya anak gadis Kinoingan atau Minamangun itu adalah Huminodun. Mayat Huminodun yang telah dikorbankan itu dikatakan telah mengeluarkan bijih benih tumbuh-tumbuhan yang ada pada hari ini.

Sebahagian daripada mayat Huminodun itu mengeluarkan padi. Gadis yang telah diberi penghormatan dan dipilih sebagai unduk ngadau dalam pertandingan ini diibaratkan sebagai Huminodun dan mewakili sifat-sifat suci pengorbanan Huminodun yang dipuja.

MOHD FIRDAUS BIN AMIRHAN
NOMBOR MATRIK : 204836

1 comment:

  1. dah lama saya cari maklumat ni tapi susah nk dapat yang terperinci. terima kasih banyak kerana masukkan maklumat mengenai tarian ini.

    ReplyDelete