Sejarah awal kewujudan kaum Kadazandusun dikatakan wujud melalui cerita lisan iaitu melalui kisah Nunuk Ragang.Tempat ini terletak di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitu Sungai Kogibangan (arah kiri) dan Sungai Kawananan(arah kanan) dan bercantum menjadi sungai yang lebih besar iaitu Sungai liwogu(dalam dan tenang).Terdapat banyak lembaga yang memenuhi bawah pohon,tebing sungai dan sepanjang juntaian akar nunuk.
Pantulan warna kemerahan semakin menyerlah apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh lembaga itu sehingga Nunuk itu kelihatan seperti merah lalu dipanggil Nunuk Ragang(Merah).
Tanggapan bahawa Nunuk itu merah atau Nunuk Ragang menggambarkan betapa ramainya lembaga merah sedang berpesta ria di kawasan Nunuk itu.Sebenarnya manusia yang ramai yang dikatakan sebagai 'warna merah' apabila dilihat dari jarak jauh itu kurang tepat kerana bukan pokok Nunuk itu yang berwarna merah sebaliknya warna merah itu datang daripada pantulan cahaya matahari.Sejak itu,Nunuk Ragang menjadi identiti masyarakat Kadazandusun kerana mengikut pandangan masyarakat Kadazandusun, mereka kononnya berasal dari kawasan ini.
Mengikut teori sains sosial pula,dibahagikan kepada empat teori iaitu :
Teori Pertama : Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan Mongloid (Ivor H.N Evans:1923
dan T.R Williams:1965)
Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan Indo-Malayan (T.R Williams:1965)
Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum Cina ( Ivor H.N
Evans:1923 dan Owen Rutter:1920)
Teori Keempat:Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.

CHERRY BIN GULIMIT
NOMBOR MATRIK: 204641
blog ini dapat memberi pendedahan baru dan sesuatu pengetahuan yang berbeza kepada pembaca yang masih belum mengetahui tentang kebudayaan kadazan dusun ini...
ReplyDeleteteori mengenai kaum kadazan dusun mememangnya tepat dengan fakta. terima kasih kerana mengemukakan teori tersebut kerana banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan.
ReplyDeleteboleh tambahkan seni bina tentang kadazan dusun?
ReplyDeletesemua teori itu hanya sampah sarap sahaja...
ReplyDelete