Pages

Thursday, August 5, 2010

Perayaan Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai )


Pesta Kaamatan atau dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' disambut oleh kaum Kadazan Dusun sebagai meraikan tuaian yang terbaik. Pesta ini biasanya disambut sepanjang bulan Mei. Kemuncak Perayaan Keaamatan adalah peraduan ratu cantik, tarian tradisi dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan. Magavau adalah upacara kesyukuran yang penting dan dijalankan di sawah padi pada hari pertama malam bulan mengambang selepas menuai padi. Bobohizan akan membaca mantera dan seorang pahlawan dengan pakaian tradisi berjalan menghayun pedang untuk menghalau roh jahat. Makanan seperti tapai dan nasi akan disajikan sebagai jamuan kepada roh. Menurut kepercayaan orang kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada kinoingan yang disembah sebagai pencipta dan amat berkuasa kepada sumber kehidupan dan kewujudan.

Mereka berpendapat bahawa padi adalah sumber kehidupan.
Ketika Pesta Keaamatan, penduduk akan mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai 'arak beras' dihidangkan sebagai minuman istimewa dan para penduduk akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' yang bermaksud 'Selamat Hari Menuai,Tetapi,pada hari ini Pesta Kaamatan disambut adalah sebagai memperingati perayaan pesta yabg telah dirayakan sejak turun-temurun.


CHE WAN SITI AISYAH BT CHE WAN SUKRI
NOMBOR MATRIK : 204879

1 comment:

  1. hari keamatan yang sangat penting buat kaum kadazan dusun. setelah baca maklumat diatas, saya banyak mempelajari sesuatu mengenai hari tersebut. sekarang baru saya mengetahui kenapa hari tersebut diraikan.

    ReplyDelete